Tuesday, 18 October 2011

pengkisahan hidup umpama sebuah balang gula-gula

pasti semua orang pernah merasakan kesakitan ketika hati kecil kita terluka...
yang mana hati kecil itulah yang selalu kita jaga hingga terlupa dengan tujuan hati tercipta...
namun sebagai manusia biasa hanya itulah yang menjadi permainan kehidupan sehingga kita menjadi matang untuk melihat semula perihal hati...

benci, sedih, sakit, malu, takut...
inilah bencana sang hati yang acap kali menyakiti kita...
bersabarlah wahai sahabat, pasti ada ganjaran kepada hati yang sabar..

saya ada sebuah cerita dalam persinggahan kali ini...
saya sangat menyukai, menyayangi seorang kaum hawa hingga mahu menjadikannya halal buat saya...
persifatan rasa sayang dan kasih itu mungkin membelakangi sang Pencipta sehingga saya tidak mampu menahan bencana yang bakal mendatang...
saya ditinggalkan begitu sahaja setelah 4 tahun setie bersama...
bodohnya diri menunggu perempuan yang tidak tetap kasih sayangnya...
mungkin jentikan ujian yang diberikan menyuruh saya agar lebih mendekatinya...

seorang sahabat yang kami dan rakan-rakan hormati tingkahnya, telah mengajak aku makan bersama...
seperti manusia sedih yang berfikir hanya untuk membunuh diri..tentunya istilah makan itu tidak lagi ada dalam minda...
lalu saya meluahkan segala permasalahan kepada sahabat ini...

dia berkata hidup iniibarat sebuah balang yang dipenuhi gula-gula yang enak...
di dalam balang itu ada gula-gula yang bernama gf, sahabat, parents, impian, pengharapan dan semua yang mewakili hidup seseorang manusia...
di sini, dia berkata tuhan telah mengambil sedikit gula-gula gf dalam balang itu dan kita cepat melatah di atas gula-gula yang sedikit itu sedangkan banyak lagi gula-gula yang enak di dalam itu...
takkan kita mahu mengeluarkannya sendiri gula-gula yang enak di dalam balang tersebut..seperti tidak menghiraukan kawan...parents...dan berputus asa...
mengapakah kita terlalu mengambil berat perihal sedikit gula-gula yang hilang itu tadi sehingga membiarkan gula-gula yang selebihnya....?

kita mestilah mendekatkan diri kepada tuhan untuk mengharapkan jalan yang terang bagi mengisi balang yang kehilangan gula-gula itu tadi...
dengan restuNya..pasti kita akan mengisi ke dalam balang tersebut dengan gula-gula yang lebh enak dari sebelumnya...
berikutan sifat sabar yang telah dijanjikan ganjaranya...

jangan melatah kesedihan apabila menerima sekelumit ujian...
kerana tuhan tidak menguji hambanya jika dia tahu hambanya tidak mampu memikulnya...)

No comments:

Post a Comment