ketika mata dihasut sang hati untuk memulakan sebuah persoalan normal seorang manusia biasa...
persoalaan yang akan memberikan seribu bilah jawapan...
yang mana akan membuatkan seseorang mudah terluka dengan ketajaman permainan hati....
namun hasutan itulah yang acap kali sering dipermainkan...
permainan sang hati ini tidak pernah memenangi sebuah perhubungan...
namun berkat keikhlasan itu mampu meroboh tembok hati untuk mendapatkan kesucian si permaisuri...
perihal anak-anak Adam ini telah membuktikan agungnya Taj Mahal kepada permaisurinya...
bahawa permainan yang dimainkan oleh hati merupakan satu permulaan kepada keagungan perhubungan...
lalu...engkau meniupkan kelembutan pertuturan dan keikhlasan tingkahmu..
agar dia tahu yang engkau selalu memerhati kesucianmu yang elok terjaga...
untuk mengabdikan perhubungan itu...engkau kuatkanlah landasanmu..
supaya dia tahu yang engkau tulus untuk menjadikannya yang halal buatmu...
p/s buat seoarng temanku yang sedang berusaha membina sebuah perhubungan agung...agar kau tahu yang aku selalu mendoakan kebahagianmu...
No comments:
Post a Comment